Cara Berdagang Minyak Mentah Apabila Berita Utama Menggerakkan Pasaran
- Cara Berdagang Minyak Mentah di Malaysia: Tiga Keputusan Sebelum Membuat Pesanan
- Minyak Mentah WTI dan Brent Bertindak Balas terhadap Tekanan yang Berbeza
- Perkara yang Perlu Dipaparkan dengan Jelas oleh Platform Dagangan Minyak
- Waktu Dagangan Minyak di Malaysia
- Strategi Terbaik untuk Dagangan Minyak Mentah Bergantung pada Keadaan Pasaran
- Pengiraan Risiko Berasaskan Bilangan Tong
- Daripada Rekod Demo kepada Keputusan Dagangan Sebenar
Masalah kapal tangki boleh menyebabkan harga Brent naik sebelum waktu sarapan di Kuala Lumpur. Kenaikan mengejut dalam inventori minyak mentah AS pula boleh menyebabkan WTI menurun pada waktu lewat petang yang sama. Kedua-dua pergerakan ini memberi kesan kepada minyak, tetapi pemacunya berbeza. Peraturan kontrak anda menentukan cara pergerakan satu dolar memberi kesan kepada posisi anda.
Cara Berdagang Minyak Mentah di Malaysia: Tiga Keputusan Sebelum Membuat Pesanan
Untuk memahami cara berdagang minyak mentah, mulakan dengan tiga langkah: pilih penanda aras, instrumen dan tetapkan saiz posisi anda. Di Versus Trade, minyak tergolong dalam tawaran komoditi yang lebih luas, tetapi titik permulaan sebenar ialah memahami spesifikasi bagi setiap simbol dagangan.
Dagangan Minyak Mentah Bermula dengan Kontrak
Tiga butiran berikut akan membentuk posisi dagangan anda:
- Rujukan: WTI atau Brent, berserta bulan kontrak.
- Pendedahan: bilangan tong yang diwakili oleh pesanan.
- Syarat keluar: waktu rehat dagangan, tarikh luput, rollover dan pelaksanaan stop.
Dagangan berasaskan arah pergerakan harga melibatkan spekulasi terhadap pergerakan harga melalui instrumen seperti CFD minyak atau niaga hadapan minyak. Pengeluar dan kilang penapisan minyak juga menggunakan derivatif untuk melindung nilai pendedahan mereka. Membeli dan menjual instrumen kewangan ini tidak bermaksud anda memiliki minyak secara fizikal. Kontrak untuk perbezaan (CFD) menyelesaikan perbezaan antara nilai pembukaan dan penutupan posisi dagangan anda, tertakluk pada terma dan kos yang ditetapkan oleh broker dagangan minyak anda.
CFD Minyak, Niaga Hadapan dan Dana

Melainkan anda menutup posisi sebelum tarikh luput, memegang kontrak niaga hadapan bermaksud anda bertanggungjawab terhadap penyelesaian secara fizikal atau tunai pada tarikh kemudian. Jika anda sedang mempelajari cara berdagang niaga hadapan minyak mentah, terma penghantaran amat penting. Ambil contoh niaga hadapan minyak mentah WTI NYMEX (1,000 tong minyak bagi setiap kontrak). Satu tik kecil bernilai satu sen bagi setiap tong akan mengubah nilai posisi anda sebanyak $10 dengan serta-merta. Penghantaran fizikal berlaku di Cushing, Oklahoma. Kontrak tersebut mengikut spesifikasi CME, bukan CFD yang mempunyai nama yang hampir serupa.
ETF minyak mungkin memperoleh pendedahan kepada pasaran minyak melalui rangkaian posisi niaga hadapan. Pulangannya tidak selalu menjejak harga spot minyak mentah. Harga saham syarikat minyak pula dipengaruhi oleh hutang, kos operasi dan keputusan pengurusan, bukannya harga minyak semata-mata.
Daftar dan mula berdagang dengan Versus Trade dalam masa 5 minit.
Minyak Mentah WTI dan Brent Bertindak Balas terhadap Tekanan yang Berbeza
West Texas Intermediate ialah piawaian minyak mentah As yang bersifat ringan dan manis (light, sweet). Minyak mentah Brent ialah campuran beberapa gred minyak dari Laut Utara dan WTI Midland AS yang mula ditambah pada tahun 2023. Kedua-duanya tidak mewakili keseluruhan bekalan minyak yang didagangkan di pasaran minyak global.
Kemas kini inventori AS dan gangguan operasi kilang penapisan cenderung menggerakkan harga minyak mentah WTI. Sebaliknya, kelewatan perkapalan dan kekurangan kapasiti pengangkutan laut memberi kesan serta-merta kepada harga Brent. Spread antara kedua-duanya boleh melebar atau mengecil mengikut kos perkapalan, permintaan eksport dan bekalan tempatan. Pastikan anda memadankan bulan penghantaran supaya perbezaan tarikh kontrak tidak menjejaskan perbandingan anda.
Logik harga relatif yang sama juga terdapat dalam dagangan pasangan di Versus Trade. Tetapi idea dagangan berdasarkan perbandingan Brent terhadap WTI tidak menjamin pasangan minyak tersebut disenaraikan. Senarai instrumen dagangan semasa menentukan pasangan yang boleh didagangkan.
Kontrak niaga hadapan minyak mentah Brent standard ICE meliputi 1,000 tong dan membenarkan penghantaran melalui bursa, di samping pilihan penyelesaian berdasarkan Indeks Brent ICE. Dengan itu, mengatakan semua niaga hadapan Brent diselesaikan secara tunai semata-mata adalah tidak tepat. Spesifikasi rasmi bursa menetapkan terma sebenar kontrak tersebut.
Sebab Harga Minyak Mentah Bergerak Melangkaui Jangkaan Berita Utama
Bekalan dan permintaan menjadi asas kepada harga minyak. Namun, turun naik pasaran sebenar biasanya berlaku apabila berita utama bercanggah dengan jangkaan yang sudah diambil kira oleh pedagang. Contohnya, jika pengeluaran minyak meningkat, pasaran biasanya sudah mengambil kira pergerakan itu jauh lebih awal sebelum pengumuman rasmi. Malah, kenaikan yang lebih kecil daripada jangkaan masih boleh mencetuskan lonjakan harga.
Kilang penapisan menyumbang sebahagian besar permintaan minyak mentah. Kerja penyelenggaraan boleh mengurangkan pembelian minyak mentah walaupun permintaan terhadap minyak pemanas kekal kukuh. Gas asli mempunyai masalah penyimpanan dan pengangkutan tersendiri, jadi satu dagangan tidak boleh meliputi setiap bahagian sektor minyak dan gas.
Harga minyak yang lebih tinggi memerlukan masa tambahan untuk menggalakkan peningkatan pengeluaran dari medan minyak. Kelembapan aktiviti perindustrian pula secara semula jadi mengurangkan permintaan terhadap minyak. Tetapi, memandangkan minyak mentah terus bergerak daripada penggerudi ke kilang penapisan dan pengguna akhir, bergantung pada satu laporan inventori sahaja tidak akan memberikan gambaran penuh tentang pasaran minyak global.
Perkara yang Perlu Dipaparkan dengan Jelas oleh Platform Dagangan Minyak
Carta yang sama boleh membawa kepada pendedahan yang sangat berbeza. Dalam MT5, spesifikasi simbol menyenaraikan saiz kontrak, volum minimum, langkah volum, sesi dagangan dan banyak lagi. Keperluan margin dan sebarang caj tambahan juga menentukan sama ada sesuatu pesanan sesuai dengan akaun dagangan anda.
Semasa membincangkan pelancaran copy trading, Vitalii Bulynin berkata:
Pengasas Bersama, Versus Trade, Vitalii Bulynin, Brokeree Solutions
Kenyataan yang diterbitkan ini berkaitan dengan copy trading, bukan ramalan minyak. Oleh itu, walaupun platform menyediakan bantuan, tanggungjawab terhadap pendedahan risiko tetap terletak pada anda sebagai pedagang.
Lihat alat dagangan dan syarat akaun kami dengan mengambil kira spesifikasi kontrak dan bajet risiko anda.
Pasaran bergerak pantas. Sesuaikan pendedahan anda dan manfaatkan peluang pasaran mengikut strategi anda.
Sebab Kos Boleh Menjadikan Ramalan yang Betul Bertukar Menjadi Satu Dagangan Rugi
Anda boleh meramal arah dengan betul tetapi masih rugi selepas kos ditolak. Dagangan jangka pendek amat sensitif terhadap spread bida-tawar (bid-ask). Memegang posisi lebih lama mungkin melibatkan caj pembiayaan atau yuran lain mengikut jenis akaun, dan kontrak minyak yang dikaitkan dengan niaga hadapan mungkin memerlukan rollover.
Sebut harga yang dilabel ‘cash’ tidak semestinya merujuk kepada harga spot fizikal. Penyedia sering membentuk harga mereka berdasarkan rujukan niaga hadapan. Metodologi ini penting apabila bulan kontrak baharu mengambil alih kerana pelarasan carta tidak sama dengan pembelian dan penjualan sebenar di pasaran. Tidak semua CFD sepadan dengan harga spot minyak mentah.
Halaman CFD komoditi kami memberikan konteks berkaitan produk bagi dagangan minyak & gas. Namun, simbol dagangan semasa dan terma akaun menentukan kos sebenar, termasuk sebarang caj broker. Jika anda tertanya-tanya cara berdagang minyak mentah dalam forex, ingat bahawa pengalaman forex sahaja tidak tidak mencukupi untuk menentukan nilai tong bagi satu lot minyak, dan platform dagangan tidak semuanya menggunakan saiz kontrak yang sama.
Waktu Dagangan Minyak di Malaysia
Malaysia menggunakan MYT (UTC+8) sepanjang tahun. Apabila AS beralih kepada waktu penjimatan siang (daylight saving), waktu tempatan bagi sesi dagangan Amerika dan pengumuman data turut berubah.

Jadual dagangan WTI diambil daripada jadual CME Ahad hingga Jumaat, iaitu 17:00 hingga 16:00 waktu Chicago. Di Malaysia, minggu dagangan dibuka pada pagi Isnin dan ditutup pada pagi Sabtu. Cuti umum boleh memendekkan sesi dagangan. Waktu dagangan CFD pula bergantung pada jadual yang diterbitkan oleh penyedia perkhidmatan yang mungkin berbeza daripada bursa asas.
Kalendar pengumuman EIA lazimnya menerbitkan laporan petroleumnya pada jam 10:30 waktu Timur AS setiap hari Rabu, dengan perubahan jadual pada minggu cuti tertentu. Semasa tempoh waktu penjimatan siang di AS, waktu penerbitan biasa tersebut bersamaan dengan jam 22:30 MYT pada hari Rabu. Selepas waktu penjimatan siang berakhir pada 1 November 2026, waktu penerbitan laporan Rabu seperti biasa beralih kepada jam 23:30 MYT.
Pedagang yang berpangkalan di Asia mungkin berdepan dengan reaksi data terbesar minggu itu sejurus sebelum waktu tidur. Rutin dagangan harian yang berasaskan waktu pejabat tempatan mungkin menyebabkan pergerakan harga tersebut terlepas pandang. Brent pula mengikut jadual ICE tersendiri, jadi anda juga perlu menukar waktunya mengikut tarikh yang berkenaan.
Strategi Terbaik untuk Dagangan Minyak Mentah Bergantung pada Keadaan Pasaran
Pasaran yang sedang menunjukkan trend selepas kejutan bekalan bergerak secara berbeza berbanding pasaran yang statik sebelum pengumuman data inventori. Sesuatu penunjuk mungkin menjadi alat terbaik untuk satu setup dan hampir tidak berguna untuk setup seterusnya. Indikator teknikal menyusun dan mentafsir maklumat yang dipaparkan pada carta, tetapi ia tidak akan dapat memberitahu sama ada gangguan perkapalan akan menjadi tidak terkawal.
Penunjuk Terbaik untuk Dagangan Minyak Mentah: Peraturan Trend dan Breakout
Purata bergerak (moving average) menunjukkan arah trend, manakala ATR menunjukkan sejauh mana julat turun naik harga. Strategi breakout mungkin memerlukan harga ditutup di luar julat yang telah dikenal pasti dengan jelas, dan mungkin mengetepikan sebarang setup jika jarak ke stop melebihi had risiko anda. Anda boleh membuat ujian semula (backtest) bagi peraturan ini, tetapi itu tidak menjamin kelebihan dalam dagangan.
Apabila Breakout Gagal
Lonjakan harga cenderung terhenti jika volum menyusut selepas gelombang pertama. Jika anda mencatat harga masuk, spread pelaksanaan dan pencetus asas, anda boleh terus mengetahui sama ada analisis pasaran minyak anda tersilap atau masa kemasukan yang anda pilih itu tidak tepat.
Setup Julat dan Berdasarkan Peristiwa
Dagangan julat (range trading) bergantung pada harga yang berulang kali gagal menembusi zon tertentu yang jelas. Struktur ini kurang berkesan apabila berita yang tidak dijangka mengubah prospek bekalan minyak global. Peluang dagangan yang berpotensi di sekitar paras sokongan boleh hilang sebelum pesanan stop anda dilaksanakan.
Opsyen menawarkan satu lagi set pertimbangan dan risiko yang berbeza. Bagi sesiapa yang ingin tahu cara berdagang opsyen minyak mentah, glosari Dagangan Opsyen kami menerangkan hak, premium dan tarikh luput. Opsyen minyak berfungsi secara berbeza daripada CFD, dan definisi asas dalam glosari tidak menunjukkan instrumen kewangan khusus yang sebenarnya ditawarkan oleh broker anda. Ingat juga bahawa melaksanakan opsyen boleh membuka posisi niaga hadapan baharu secara automatik, bergantung pada peraturan kontrak. Menjual opsyen juga mempunyai obligasi yang berbeza berbanding membelinya.
Pengiraan Risiko Berasaskan Bilangan Tong
Pergerakan $1 tidak membawa banyak makna sehingga anda mengetahui saiz posisi. Contoh hipotesis ini menggunakan posisi beli (long) dalam akaun USD dan mengukur pendedahan secara terus berdasarkan bilangan tong. Ia tidak mencerminkan saiz lot, kadar margin kami atau harga minyak semasa.

Baris terakhir menunjukkan bahawa harga stop tidak menjamin kerugian maksimum anda. Pengiraan ini juga tidak mengambil kira spread atau komisen. Bajet risiko keseluruhan yang tetap akan memaksa anda menggunakan pendedahan yang lebih kecil untuk menampung kos tersebut, tertakluk kepada saiz pesanan minimum.
Pelabur, Howard Marks, Oaktree.
Margin ialah cagaran, dan kerugian maksimum anda boleh melebihi jumlah margin tersebut. Leveraj mengurangkan margin yang diperlukan untuk memegang posisi, tetapi keuntungan atau kerugian dalam dolar bagi setiap tik kekal sama. Jika ekuiti anda jatuh terlalu rendah, peraturan boleh menyebabkan kedudukan anda dibubarkan jauh sebelum mencapai sasaran harga keluar.
Akses dan Baki MYR di Malaysia
Akses di Malaysia juga bergantung pada entiti yang menandatangani kontrak dan peraturan yang terpakai. Di bawah rangka kerja CFD SC, mana-mana penyedia yang menawarkan CFD di bawah rangka kerja Malaysia perlu memiliki Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang berkaitan, dan CFD hanya boleh ditawarkan kepada pelabur sofistikated. Lesen dari luar negara tidak dengan sendirinya memberikan kebenaran untuk beroperasi di Malaysia.
Versus Trade Quarterly Digest, Q3 2026 kami menyentuh tentang pelancaran akaun dagangan dalam MYR. Akaun dalam ringgit mengubah mata wang laporan, tetapi posisi minyak yang disebut harga dalam USD masih mungkin memerlukan penukaran mata wang. Kaedah penukaran yang digunakan akan mengubah nilai keuntungan, kerugian dan margin minyak dalam MYR.
Daripada Rekod Demo kepada Keputusan Dagangan Sebenar
Rekod demo menjadi lebih berguna apabila ia merekodkan syarat yang sama seperti keadaan yang akan mengawal pesanan sebenar:
- Penanda aras, rujukan kontrak dan bilangan tong yang terlibat.
- Pemangkin dan syarat kemasukan yang dicatatkan sebelum anda melaksanakan dagangan.
- Sasaran harga keluar, spread, caj dan sesi MYT yang anda dagangkan.
- Harga pelaksanaan sebenar dan sebab ia berbeza, jika ada.
Dagangan demo membolehkan anda berlatih tanpa mempertaruhkan wang sebenar. Namun, pelaksanaan pesanan secara simulasi tetap tidak dapat meniru setiap keadaan sebenar. Pengalaman dagangan menjadi lebih berguna apabila anda menyimpan rekod kerugian, setup yang ditolak dan sesi dagangan yang dilepaskan.
Berbincang dengan pasukan kami tentang instrumen minyak dan terma akaun yang tersedia sebelum anda beralih daripada pelan demo kepada pendedahan dalam dagangan sebenar.
Notis Risiko: Produk berisiko tinggi seperti CFD dan dagangan berleveraj tidak sesuai untuk semua pedagang, dan anda boleh kehilangan dana dengan cepat. Leveraj membesarkan kerugian sama seperti ia membesarkan keuntungan. Selain itu, jurang harga pasaran bermaksud pesanan stop anda mungkin dilaksanakan pada harga yang lebih buruk, sekali gus menyebabkan kerugian melebihi jumlah yang anda rancang. Kami berkongsi bahan ini semata-mata untuk tujuan pendidikan, bukan sebagai nasihat dagangan atau tawaran. Ciri-ciri dan perlindungan tempatan berbeza mengikut wilayah dan entiti anda.
- Cara Berdagang Minyak Mentah di Malaysia: Tiga Keputusan Sebelum Membuat Pesanan
- Minyak Mentah WTI dan Brent Bertindak Balas terhadap Tekanan yang Berbeza
- Perkara yang Perlu Dipaparkan dengan Jelas oleh Platform Dagangan Minyak
- Waktu Dagangan Minyak di Malaysia
- Strategi Terbaik untuk Dagangan Minyak Mentah Bergantung pada Keadaan Pasaran
- Pengiraan Risiko Berasaskan Bilangan Tong
- Daripada Rekod Demo kepada Keputusan Dagangan Sebenar